Sunday, 6 July 2014

SENANG JE NAK KURUS TANPA SUPLEMEN

Jom saya share tips ni, saya dah try, dalam masa 4 bulan saya turun hampir 7kg (from 71 kg to 64 kg). WITHOUT SUPPLEMENT, OK!!

Hmmm... nampak macam turun sedikit kan, tapi yang penting bawa perubahan besar dalam diri saya. TAPI KENA KONSISTEN.. huhu:

1) Permulaan diet

Cari ilmu sebanyak mungkin kat youtube, website2, video2 fitness, documentary kat TV pasal perjalanan menjadi kurus. Saya suka tengok rancangan TV American Biggest Loser dan Obese: A year to save My life. Banyak motivasi daripada rancangan tv ni dan menginsafkan juga tengok nasib orang lain.

2) Rancang diet

Saya cuma guna diet low calorie intake seperti nasihat Kevin Zahri . Setiap hari tengok pengambilan kalori makanan asalkan kurang 1500 kcal sehari. Nilai calorie intake ni berbeza kerana ikut berat badan masing-masing ye.


3) Makan nasi segenggam jer

Tak kisah la berapa kali sehari, tp segenggam je, lebihkan lauk. Ikut style diet Aizat Amdan tu pun ok. Yang penting makanan mesti seimbang

4) Minumlah air masak sehari 3 liter


Sangat bagus untuk detoks ye.. Boleh tahu detoks berjalan ke tak, cuba check warna urin/air kencing, jika jernih baguslah, jika keruh, kena minum banyak lagi air masak.


5) Senaman

Of course senaman boleh bantu cepatkan lagi kuruskan badan. Saya ni malu jogging kat luar rumah. So saya amalkan senaman Zumba dalam rumah je. Bukak tv/ laptop, klik zumba kat youtube, ape lagi, zumba la sorang2 dalam bilik tu... buatlah 30 minit ke sehari. Konsisten 3 kali seminggu, insyaallah nampak hasil. Lepas seminggu, baru timbang berat badan di awal pagi sebelum makan ye untuk check perbezaan berat. BUKAN HARI-HARI!!


** ZUMBA video yang best yang energetic, saya suggest pi  FB page ZUMBA Linda Edler.

6) Yang penting, konsisten ye DAN SOKONGAN MORAL ORG2 TERSAYANG TERUTAMA DARI DIRI SENDIRI.... amalkan tips ni pun dah cukup insyaallah..

*** SAYA CUMA SHARING***
— feeling happy.  


No comments:

Post a Comment